Ahad, 20 Julai 2014

Honda Future 125 upgrad sistem penyalaan


Setelah mengunakan motosikal ini hampir 1 tahun saya dapati prestasi enjin motor tidak memberangsangkan berbanding model Honda Wave 125 lampu 1 tahun 2007 yang lalu. dimana enjin Wave 2007 lebih lancar, boleh top speed 120kmh dengan mudah. enjin tidak bergegar. bila ditoleh di bahagian bawah model 2007 ada getah pelapik antara enjin dan pemijak lagi. model Future langsung tiada. jika kupas dengan lebih teknikal lagi memang banyak kelemahan pada model ini. sinario hidup di KL memerlukan motosikal yang agak pikap lebih-lebih lagi bila bersaing dengan kenderaan. jika motosikal tidak boleh mencapai 90kmj dan 120kmj memang sukar memandu di KL. kerana tidak semua laluan mempunyai laluan motosikal. bila kita pandu perlahan kita akan rasa deruan angain kenderaan dan dimarahi kerana terlalu perlahan. dari pengalaman memandu di sini KL. PJ kawasan ini rata-rata motor cub dipandu dengan laju. jika anda pernah ke kawasan ini untuk bersaing kita perlu memulas sepenuh pendikit minyak untuk bersaing dengan mereka. 

Menyedarai kekurangan baru-baru ini saya telah membuat sedikit up garad sistem penyalaan pada motor ini. saya tidak memilih menukar 1.) CDI racing kerana harganya mahal.2.) tukar caburater. 3.) besarkan piston dan lain-lain. sebaliknya memberikan perhatian pada aspek lebih tahan lasak pada enjin dan ekonomi kerna nak guna harian. dan bukan untuk berlumba. 

Dari kajian saya dengan sistem penyalaan yang cekap enjin akan lebih bertenaga dan setelah kerja siap dilakukan ternyata kini saya dapati enjin memang lebih bertenaga dan kini enjin mampu hidup dengan putaran rpm yang amat rendah bawah 850rpm. hingga apabila saya start enjin saya bagai tak percaya yang enjin telah hidup dan ia amat perlahan bunyinya. ini menyebabkan saya menurunkan tuning enjin lebih rendah dan sudah tentu ia lebih menjimatkan petrol lebih lagi ketika motor berhenti di traifk dimana enjin boleh hidup dengan rpm yang amat perlahan. 

Prestasi lain. talaan enjin amat tersa. amat mudah dihidupkan tetapi untuk top speed tidak jauh beza kerna dikawal oleh CDI.tetapi tahap pecutan memang bertenaga.  walaupun saya tahu  apa yang perlu saya lakukan mendapatkan top speed tetapi saya tak mahu keran ianya sudah tentu akan melibatkan pengunaan minyak yang lebih. dan dan bunyi enjin yang makin kuat. dengan apa yang sudah saya lakukan kini sudah memadai dan saya rasa amat berpuas hati dengan prestasi enjin dari sebelum ini. 


Saya memilih sistem penyalaan Coil BMW 380i tahun 90an kerana saiz yang tidak telalu besar dan mempunyai kuasa penyalaan yang tinggi. nyalaan bewarna biru. coil ini tertera tulisah jenama BOSCH. los pun amat minima RM30.00 Sahaja ia boleh didapati di kedai kereta potong :-)



Buka cover motor

Bagi mereka yang baru kali pertama membuka cover Future dan tidak pernah lihat orang lakukanya anda perlu lakukan dengan penuh berhati-hati. kerana cara membukanaya tidak banyak sekru. tetapi clip.

Saya mulakan denagan membuka over hadapan. NO3
No:1
No:2
N0:4

Buka coil motor standart Future


Padankan likasi coil yang hendak dipasang

Pemadanan coil dengan lokasi yang hendak diapsang hendaklah dibuat dengan cermat dan berhati-hati. kesilapan tiada ganti. jika nak ganti boleh kos tinggi :-)

Cabaran tetap ada. ruang kosong pada Futute amat terhad. kerana bila motor ini ada box besar bawah seat. kompenan enjin telah dialihkan di hadapan. so kena plan betul-betul supaya ia tidak menganggu bila cover motor ingin dipasang nanti.

Oleh kerana ini kali pertama saya lakukan dan tidak pernah melihat orang lain buat setakat ini saya mengambil masa 1jam menelinti dan memilih lokasi pemasangan yang sesuai dan tepat.


Pendawaian coil

Lakukan pendawaian coil dengan cermat dan selalu fikirkan pendawain ini bukan untuk 1 hari, 1 bulan 1 tahun tetapi utnuk selamanya.
 Ujian Coil

Dari ujian yang dijalankan mendapati kuasa pecikan api yang terhasil dari pemasangan coil berkuasa tinggi ini ternyata luar biasa. pecikan spark memang panjang. dan api bewarna biru. saya tak sempat nak ambil gambar. kerana terlaku focus dan tangan kotor nak memegang camera. saya cuba mejarakan spark plug ke body enjin arka masih boleh terhasil pada jaran lebih 2.5cm/25mm

Dengan keputusan ini saya menjarakan lagi palam penyalaan dan pin didalamnya rujuk rajah. berhati ketika jangan sampai pin plug terkena piston pula :-)

Kini saya dapati enjin terlalu mudah dihidupkan kerana terdapat nyalaan spark yang panjang didalam enjin. sebab itu kini enjin motosikal boleh hidup walaupun pada seting timing yang rendah.


Potong cover motor dan pasang

Selesai kerja cabaran terakhir ialah memasang cover. cover memag perlu dipotong kerna coil sedikit terkeluar. maklumlah Future memang compac sedikit pada bahagian enjin.

 Keadaan coil yang telah siap dipasang


 Memang tak perasan, tetapi boleh dilihat jika tengok betul-betul


Objektif saya dalam projek ini bukan utnuk berluba tetapi mewakili orang Malaysia yang ingin mengikut orang Japan yang saya lihat memang kretif didalam membut modifikasi pada motor cub. lilat sahaja dalam youtube honda cub meeting walaupun mereka ini dah berusia tetapi ia tak lebih dari pada minat sahaja :-))