Isnin, 3 November 2014

Cat casing Steering Proton Exora frist model CPS

> Inilah gambaran stering Exora. bahagian label kuning adalah bahagian yang akan terkopek cat silver nya. warna mengerutu. hitam, nampak pula warna base asal plastik bewarna putih, bercapuk amat buruk dilihat. setarta tak menyelerakan apabila dipegang. untuk itu saya bercadang untuk cat semula bahagian yang terkopek cat


 > Km kereta ini pada waktu di at menjangkau 137476km


>Disebabkan stering lengkap dengan ABS kita perlu membuka terminal bateri kereta ini untuk mengelak kecuaian dan ABS akan kembang.


> Buka 2 sekru dengan mengunakan Star Drivers size T30
> lokasi sekru agak tersorok, jika intai memang tak nampak sangat.
gunakan cermin untuk mengintai dan menghalakan Star Drivers ke sasaran yang hendak kita buka
> Tak perlu buka sekru sampai tercabut. kerana ia diikat diatas klip plastik.

 > Terdapat 2 cara. cara paling mudah tanpa menangalkan stering ialah dengan menolak sedikit bahagian bawah penutup stering .
> Ketika membuka cover kunci perlu berhati-hati disini terdapat sensor kunci. dan himpunan suis utama
 > Buka penekan hon.
> Buka klip suis dengan berhati-hati. tidak boleh cabut terus. kita perlu menolak klip bewarna kuning dengan sekru driver kecil seperti testpen. tolak keluar dan cabut suis.


> Lokasi membuka sekru casing terletak di bahagian bawah. buka sekru dari 1 hingga 4.
> Pada bahagian bawah sedikti cabaran kerana sempit. gunakan sekru driver kecil. ia pasti boleh.



> Peluang membuka suis mode Radio dan jawab call saya gunakan untuk servis suis ini dengan contact cleaner. kebetulan kepekaan suis sedikit lembab setelah 4 tahun.
> Sedikit gris saya gunakan ketika memasang kembali suis membolehkan ia lebih lancar ketika ditekan. INGAT sedikit sahaja gris.


>  Bahagian cover yang telah dibuka sedia di cat.


>Pen Bursh utnuk mengecat beli yang murah pun tak apa. mudah kawal gunakan alat ini cuma RM40 sahaja.



> Air comperessor yang digunakan Beli sekitar RM250 sahaja. boleh guna untuk projek lain lagi..:-)



 > Saya mengunakan cat 2K kerana ia lebih tahan ketika tersentuh tangan. jika cat tin spray biasa kebiasaannya ia tidak tahan kerana bukan 2K


 > Gunakan glove DR ne.. untuk melindungi tangan.
> Glove ini juga tahan walau pun terkena tiner


> Hasil kerja mengecat yang telah siap. saya amat berpuas hati kerana kini warnanya kembali ceria. dan cantik kembali
> Selamat mencuba :-)