Ini adalah contoh box yang di sering dipasang pada motosikal. saya tidak ada kena mengena dengan syarikat pengeluar box. cuma ingin memberi pendapat tentang keutamaan pelaburan untuk menambah aksesori motosikal ialah dengan memasang box membawa barang.
Box penting kerana motosikal terdedah kepada keadaan cuaca tidak menentu. panas - ok lagi hujan sudah tentu alat elektronik seperti handphone. tab.beg duit.lesen duit kertas dan lain-lain akan rosak kerana terkena air.Jika kita pergi kemana-mana contoh shoping complex ke bersukan ke kita juga mudah untuk menyimpan topi dengan mudah. cerita pasal topi ini walaupun ada beg khas membawa topi. tapi ia adalah suatu alat yang sukar dibawa kerana bentuknya yang sepruh bulat. dan mudah berglek kesana sini bila dibawa. nampak pun tak menarik sebab kelihatan macam bawa buah tembikai sebiji.
kini terdapat banyak syarikat pengeluar box motosikal. ada belbagai betuk dan grad mengikut harga. bila kita parking motosikal kebanyakan orang tidak gemar mengambil kotak motosikal kerana mereka tahu dan hormat itu adalah storage pribadi. dan jika diambil keadaannya macam kita mengambil selur dalam orang lain dan ingin dipakai sendiri pula :-)
Pengalaman saya saya pernah ke Kuala Lumpur dan parking motosikal dengan latop didalamnya. memang bagus. walaupun hari hujan ia masih selamat dari air dan diambil orang.
Pengunaan kotak hendaklah bersesuaian dengan motosikal. untuk motor cub tadak perlu lah terlalu besar. tapi spak untuk 2 helmet itu hendaklah menjadi keutamaan kerana pembonceng dibelakang kita juga ingin selisa dari membawa helmet.
Pemasangan kotak memang menganggu sedikit pemanduan tetapi jika nak laju pun kita nak kemana. had yang di syorkan oleh pengeluar sekitar 110km/h itupun memang had laju kebangsaan. jadi ia tiada masalah untuk memberi keselesaan ketika memandu.
Kotak motosikal mempunyai had yang boleh ditampung. secara keseluruhan maksimum sekitar 3 kg sahaja. walaupun begitu ia berbeza mengikut keupayaan motosikal dan rax motosikal yang digunakan.
Bagi kebanyakan motosikal. kita akan terasa bahagian belakang kita akan dipercikan air jalan ketika melangar bicak. apatahlagi jika merentasi jalan berlumpur dan berpasir. kotoran ini akan melekat pada baju belakang kita. walaupun kini pelbagai jenis madgud dicipta tetapi percikan ini memang tetap akan berlaku dan tidak dapat dielakan kerana aerodinamik pergerakan motosikal akan menyebabkan bahagian belakang kita akan menjadi vacium. olehitu percikan kotoran akan melekat di baju belakan. kita akan merasakan jeket yang dipakai akan terasa pasir. jika lambat mandi badan akan menjadi gatal dan boleh menyebab penyakit lain seperti panau. ruam dan sebagai.
Dengan pemasangan kotok kita terselamat dari percikan air jalan.
Kesimpulanya pemasangan kotak pada motosikal adalah keperluan. ia boleh menyelamatkan barang peribadi kita. kemudahan. menyelamat baju dari percikan air hujan. dan lain-lain. lakukanlah ubahsuai atau pembelian aksesori motosikal yang boleh membantu kita bukan menyusahkan dan membahayakan kita.
TQ:-) jumpa lagi..