Khamis, 12 November 2015

Teknik pukulan golf untuk menghantar bola kepada sasaran yang ingin ditujui.


Apa khabar semua ? 

Rasanya dah lama juga saya tidak menulis di blog ini. Baiklah kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dan matlamat saya ketika bermain golf. mungkin bagi lain orang lain caranya bagi saya inilah teknik yang saya lakukan untuk meningkatkan kemahiran dan dan prestasi saya dari masa ke masa.

Mungkin ada orang akan berkata, jika dia boleh buat mengapa anda tak boleh buat. Pada saya kata-kata itu hanyalah pembakar semangat sesaorang sahaja. tetapi hakikatnya setiap orang mempunyai kebolehan yang tersendiri. melakukan sesuatu seperti melukis. belajar. rekacipta dan banyak lagi. apapapun sekiranya kita sedar terdapat kelemahan pada diri kita harus berusaha lebih gigih lagi. jika tidak dapat mencapai 100% hampir-hampir pun dah diangap baik. Sekurang-kurangnya ada peningkatan pada diri.

Ok. disini saya ingin berkongsi teknik memukul bola golf. bukan senang membuat pukulan bola golf. munkin ada orang yang mudah mendapat sentuhan membuat pukulan dalam jangka masa singkat. tetapi ada orang yang memerlukan bertahun untuk mendapat kan skill pukulan yang baik dan yang paling penting bola golf akan sampai pada sasaran yang kita ingin tujui. 

Memenuhi kehendak sasaran amat penting dalam pemainan golf kerana cabaran  di padang golf banyak antaranya OB, kolam ,  bangker , belukar , laluan buggy dan banyak lagi. sekiranaya bola kita tersasar terkena zone yang sukar untuk membuat pukulan makan sudah tentu kita akan banyak kehilangan point disana.

Untuk peringkat pemulaan pemainan anda boleh lah belajar pukul bola walaupun bola akan tersasar kiri kanan. tetapi lama kelamaan apabila anda dapat mengawal bola di hati anda anda harus mempunyai matlamat menghantar bola tersebut pada sasaran yang dikehendaki. dengan jarak yang tidak terlalu jauh dari sasaran.  jika perkara ini dapat anda lakukan sudah tentu prestasi pemainan golf anda akan bertambah baik.




 Terdapat banyak formula ketika bermain golf. jika kita amati rasa pemainan ini terlalu sukar. kerana sebelum club face sampai ke bola ada banyak displin yang perlu di ikut. akhirnya kita akan bermain bagai robot.

 Lebih teruk lagi jika kita bermain dengan rakan yang pandai bermain golf. dan bila dia mengajar kita. adakalanya kita langsung tak boleh main. disebabkan kita cuba mengikut corak pemainannya sedangkan kita dah biasa dengan tabiat lama.


 Untuk tidak menghampakan rakan, selalunya saya akan mengiyakan apa yang diajar. hanya 10%  sahaja perkara yang disampaikan akan saya ikut kerana tidak mahu corak pemainan saya makin buruk.
 Kesimpulannya teknik pululan golf yang saya fahami. sedaya mungkin kita mesti mampu membuat pukulan golf seperti diatas. ini bermakna club face mestilah boleh berpusing bagai satu pusingan roda dengan kemas dan lancar hingga ia sampai ke bola. latihan ini memakan masa yang lama dan memerlukan kita mengawal pergerakan badan ketinggian agar bentuk pusingan itu tidak pincang dan akan menjejaskan hasil pukulan
 Perhatikan posisi kaki yang betul. fahamkan. kaki kiri adalah main. tidak boleh diubah kedudukkannya dan perlu di buka sedikit. lihat garisan biru, lihat jarak garisan merah, lihat peralihan kaki. semua formula ini jika kita ingin ingatkan semua sudah tentu ia akan serabut fikiran. tetap cubalah anda paktikan perlahan-lahan. lama kelamaan ia akan hudup dan boleh berfungsi sendirinya apabila anda ingin buat pukulan.

Rajah diatas adalah posisi club face driver terkena pada permukaan bola. keadaan sukar untuk dilihat jika anda tidak focus pada pergerakan club face ketika laju. cuba pastikan dan bayangkan line dengan betul agar ketepatan pukulan berlaku. dan idiamalkan

 Pengunaan club akan mempengaruhi pantulan bola.
Posisi setup club akan mempengaruhi hasil pukulan fikirkan dan cuba setup betul-betul


kesimpulanya pemainan golf memerlukan displin yang ketat terhadap pergerakan;

 Badan ; Bandan perlu dikawal pergerakannya
Tangan: Perlu di kawal kekuatan
Fikiran : Kunci utama mengawal semua angota badan. 
Kaki: Kawal jarak. tekanan 

Cara pukulan yang saya amalkan:

Berdiri betul dengan formula berdiri.AWAS kaki.
Genggam club Cra Genggam club AWAS
Kawal badan. cara bengkokkan badan Ingat baik-baik
Pandang bola= pastikan dapat kan bola
Jiawa/ hati perlu ada hasrat hendak hantar bola pada sasaran. jika ini tidak berlaku anda keseluruhan angota badan anda tidak bergerak kearah itu. 

Rajinlah pukul bola.study teori dan amalinya dalam internet dan youtube lama-kelamaan anda akan dapat sentuhan anda yang tersendiri :-)

anda pasti akan bangga bila beraksi bola yang anda pukul akan pergi bagai mendengar kata kemana ia harus tujui.








Sabtu, 18 April 2015

Honda Future turkar pad brek belakang

Meter perbatuan motor sy telah menunjukan angka hampri 20 ribu/Km perjalanan sejak motor ini dibeli. Disebabkan kesibukan seharian saya hampri terlepas pandang yang pad brik motosikal ini kian haus/habis 
 bila saya dapati disc berek ada tanda garisan bewarna hitam ditengah saya baru perasan yang kini pad berek kian habis. apa pun saya masih ini adalah amaran terakhir bagi saya menukar pad brek ini jika tidak keadaan buruk akan berlaku dimana besi berek akan berlaga dengan disc berk..




 bila saya intai bahagian bawah didapati pad yang hampir denga piston penolak brek telah haus. memang tak terasa keadaan ini terjadi kerana prestasi brek memang tiada apa-apa perbezaan cuma bila bila mengesan kesan garisan line hitam baru saya perasan.


 langkah pertama buka penutup sekru pada


 inilah penutup Allen screw
Guna Allen key size 3/16.
 Kerja lebih mudah jika kita dah longarkan skrew lebih awal jika set berek telah terbuka tempat untuk berpaut sukar sedikit.




 Kita boleh juga tangalkan pad berk terlebih awal. lihat betapa teruk hakisan sejak beli tak pernah tukar ;-)

 bagi yang malas nak buat kerja lebih anda boleh terus pasang pad berek baru tanpa buka sekru tayar. tetapi bagi saya alang-alang buat lebih baik saya servis sistem brek agar ia lebih baik.

utnuk itu saya perlu tukar minyak gris yang telah lama dan kurang likat pada bahagian ini.
 juga pada bahagian ini.
Kalau dah namanya produk JAPAN... makan banyak persamaan antara pad brek Honda Future ini dengan motosikal keluaran jepun yang lain ...antaranya ialah Yamaha LC / ES dan

 Suzuki Shogun ini...Semua pad brek ini boleh digunakan...


 Saya dapat 2 pilihhan ... pertama pad brek gred biasa... RM 5.00 dan yang lagi satu OEM Yamaha Indonesia...jadi dah tentu yang ini jadi pilihan..


 Saya beli pad berk ini dengan harga RM 9.00 harga tertulis di kotak itu hanya gimik sahaja... dari kedai.
 inilah persamaan yang 100% sama berek jenis NSN ini....












 Minyak gris yang digunakan
 Untuk mendapatkan prestasi yang baik pastikan anda memastikan gris dijaga baik tidak dimasuki kotoran.


 Minyak gear enjin kereta ...bihan dari sevis kereta...lebih likat dan amat sesuai untuk pelinciran.
 OK seterusnya buka sekru tayar.

inilah best nya jika buat sendir.. kita akan pastikan setiap kerja dibuat dilakukan dengan cermat.. saya pernah terjupa..kesian betul tengok motor baru si X" tu kena belasan.. dengangan kawasan kerja yang kotor nye...dengan alat tangan yang rosak... dengan main ketuk-ketuk sekru secara ganas tak tentu pasal....nak senang lagi buka sekru terus guna air impac gun...jika begini motor mana yang mampu tahan....;-( tapi bagi yang tiada kesempatan seperti saya nasihat jika nak hantar repair mtor tu carilah tempat terbaik ;-)

 Kerja buka berek ini nampak susah tetapi senang sahaja... malah sistem yang mengunakan berek disc ini lagi senang disengara berbanding mengunakan brek drum / gelendong..


 Bila diintai rupanya ada kesan hampir nak berkarat pada bahagian dalam piston...tak pe...nanti kita atasi masalahitu...


OK...inilah bahagain yang perlu kita beri perhatian.. perhatikan piston berek tu...ia dah jauh terkeluar dari sistem hydrolik pengepam... keadaan ini berlaku kerana pad brek dah haus teruk..jadi ia telah bergerak jauh keluar. 

Untuk mendapatkan perestasi yang baik kita perlu bersihkan kesan karat, sisa keras melekat pada dinding piston. jika kita terus menolak piston ini kedalam jika nasib anda kurang baik ia akan merosakan oil ring dalam sistem hydrolik itu...

 poston yang karat dan kotor  akibat meredah jalan berhujan dan perpanas...
 Gunakan kertas pasir yang bergrid halus paling baik 600 micron keatas.
yang 

 lipat kertas pasir seperti gambarajah...



 Proses kerja Semasa mengosok ini... anda perlu berhati-hati...jangan terlalu kuat dan perlahan secukup rasa OK..jika terlalu kuat piston ini pula yang akan haus... nanti ada banyak kerja lagi nak buat...;-(



 Untuk kesan terbaik bersihkan piston berk dengan contact cleaner..
 Kemudian minyakan piston


 sapu minyak hinga rata.
 Kesempatan ini saya juga menyapu lapisan gres nipis untuk mengelak karat pada bahagian piston...tetapi ini hanya tambahan sahaja..kebiasaannya kualiti piston berek memang dibuat heavy duty diaman kualiti logam digunakan memang tahan karat,panas, tak mudah pecah dan banyak lagi....


 Kerja membersihkan geris lama yang telah betukar berwarna hitam dan mengantikan dengan gris baru dilakukan.




 OK ini tips" untuk mendapatkan perestasi yang baik.campurkan sedikit minyak kedalam bahagian yang digris untuk membolehkan ia kelikatan dan kelancaran sistem bergerak dengan lancar. tetapi formula ini tidak boleh digunakan untuk pergerakan mekanikal kena faham dan tahu waktu bila ia boleh digunakan dan jangan digunakan.


 Piston berek yang telah dibersihkan dan diminyakan boleh ditokan kedalam dengan mudan hanya mengunakan jari...


 Sapukan gris pada skrew pin brek.

Pad brek lama....

 Ok semua telah dipasang semula.. patikan andan check setiap nut diikat dengan tok yang betul. tiada nut yang tetingal pasang dan lain-lain

perlu diingat,,sistem brek ini adalah sangat penting dan nyawa bagi penungang motosikal...

 Sistem berek baru yang telah siap dipasang... lihat tu..piston berkilat dan cantik je bergerak dengan lancar.... dibantu dengan minyak yang telah di titiskan.




 Apabila saya goyang kekiri dan kekanan didapati kini sistem berek ini dapat bergerak dengan sungguh lancar. ini adalah petanda sistem bush telah berjaya diminyakan dengan sempurna dan baik.

Tahukah anda mengapa disc berek tidak terus terkunci sebaik sahaja berek tidak ditekan/dilepaskan. jawpannya ialah memang didalam sistem brek piston akan mampu bergerak kedalam semula dan perumah sistem berek freksible boleh bergerak kekiri dan kekanan tetapi dalam kadar jarak yang ditentukan..









 Disebabkan disc brek saya sedikit berlun akibat faktor kahausan  dan mekanikal. maka saya cuba mangashnya untuk mendapatkan prestasi yang baik.. caranya ialah:

anda masuk gear 1 dan biarkan tayar anda berjalan sendi..takap kertas pasir seperti gambarajah... cara terbaik anda lakukan teknik ini dengan dibantu oleh air yang sedang mengalir...tetapi harus pandai control...AWAS jangan sampai tangan tersepit di berk,... dan brek pulak haus teruk... jika tak faham tak perlu baut pun tak apa...sampai masa tulah sahaja disc brek tu....

 Setakat disini dahulu... dah lama tak menulis tentang Golf...asyik motor sahaja...ok akan datang saya nak kongsi tips tentang sukan golf...

Jadilah Masyarakat Malaysia yang berkemahiran jika tidak pada orang lain ...sekurang-kurangnya pada diri sendiri...

selamt berjumpa lagi...