Khamis, 12 November 2015

Teknik pukulan golf untuk menghantar bola kepada sasaran yang ingin ditujui.


Apa khabar semua ? 

Rasanya dah lama juga saya tidak menulis di blog ini. Baiklah kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dan matlamat saya ketika bermain golf. mungkin bagi lain orang lain caranya bagi saya inilah teknik yang saya lakukan untuk meningkatkan kemahiran dan dan prestasi saya dari masa ke masa.

Mungkin ada orang akan berkata, jika dia boleh buat mengapa anda tak boleh buat. Pada saya kata-kata itu hanyalah pembakar semangat sesaorang sahaja. tetapi hakikatnya setiap orang mempunyai kebolehan yang tersendiri. melakukan sesuatu seperti melukis. belajar. rekacipta dan banyak lagi. apapapun sekiranya kita sedar terdapat kelemahan pada diri kita harus berusaha lebih gigih lagi. jika tidak dapat mencapai 100% hampir-hampir pun dah diangap baik. Sekurang-kurangnya ada peningkatan pada diri.

Ok. disini saya ingin berkongsi teknik memukul bola golf. bukan senang membuat pukulan bola golf. munkin ada orang yang mudah mendapat sentuhan membuat pukulan dalam jangka masa singkat. tetapi ada orang yang memerlukan bertahun untuk mendapat kan skill pukulan yang baik dan yang paling penting bola golf akan sampai pada sasaran yang kita ingin tujui. 

Memenuhi kehendak sasaran amat penting dalam pemainan golf kerana cabaran  di padang golf banyak antaranya OB, kolam ,  bangker , belukar , laluan buggy dan banyak lagi. sekiranaya bola kita tersasar terkena zone yang sukar untuk membuat pukulan makan sudah tentu kita akan banyak kehilangan point disana.

Untuk peringkat pemulaan pemainan anda boleh lah belajar pukul bola walaupun bola akan tersasar kiri kanan. tetapi lama kelamaan apabila anda dapat mengawal bola di hati anda anda harus mempunyai matlamat menghantar bola tersebut pada sasaran yang dikehendaki. dengan jarak yang tidak terlalu jauh dari sasaran.  jika perkara ini dapat anda lakukan sudah tentu prestasi pemainan golf anda akan bertambah baik.




 Terdapat banyak formula ketika bermain golf. jika kita amati rasa pemainan ini terlalu sukar. kerana sebelum club face sampai ke bola ada banyak displin yang perlu di ikut. akhirnya kita akan bermain bagai robot.

 Lebih teruk lagi jika kita bermain dengan rakan yang pandai bermain golf. dan bila dia mengajar kita. adakalanya kita langsung tak boleh main. disebabkan kita cuba mengikut corak pemainannya sedangkan kita dah biasa dengan tabiat lama.


 Untuk tidak menghampakan rakan, selalunya saya akan mengiyakan apa yang diajar. hanya 10%  sahaja perkara yang disampaikan akan saya ikut kerana tidak mahu corak pemainan saya makin buruk.
 Kesimpulannya teknik pululan golf yang saya fahami. sedaya mungkin kita mesti mampu membuat pukulan golf seperti diatas. ini bermakna club face mestilah boleh berpusing bagai satu pusingan roda dengan kemas dan lancar hingga ia sampai ke bola. latihan ini memakan masa yang lama dan memerlukan kita mengawal pergerakan badan ketinggian agar bentuk pusingan itu tidak pincang dan akan menjejaskan hasil pukulan
 Perhatikan posisi kaki yang betul. fahamkan. kaki kiri adalah main. tidak boleh diubah kedudukkannya dan perlu di buka sedikit. lihat garisan biru, lihat jarak garisan merah, lihat peralihan kaki. semua formula ini jika kita ingin ingatkan semua sudah tentu ia akan serabut fikiran. tetap cubalah anda paktikan perlahan-lahan. lama kelamaan ia akan hudup dan boleh berfungsi sendirinya apabila anda ingin buat pukulan.

Rajah diatas adalah posisi club face driver terkena pada permukaan bola. keadaan sukar untuk dilihat jika anda tidak focus pada pergerakan club face ketika laju. cuba pastikan dan bayangkan line dengan betul agar ketepatan pukulan berlaku. dan idiamalkan

 Pengunaan club akan mempengaruhi pantulan bola.
Posisi setup club akan mempengaruhi hasil pukulan fikirkan dan cuba setup betul-betul


kesimpulanya pemainan golf memerlukan displin yang ketat terhadap pergerakan;

 Badan ; Bandan perlu dikawal pergerakannya
Tangan: Perlu di kawal kekuatan
Fikiran : Kunci utama mengawal semua angota badan. 
Kaki: Kawal jarak. tekanan 

Cara pukulan yang saya amalkan:

Berdiri betul dengan formula berdiri.AWAS kaki.
Genggam club Cra Genggam club AWAS
Kawal badan. cara bengkokkan badan Ingat baik-baik
Pandang bola= pastikan dapat kan bola
Jiawa/ hati perlu ada hasrat hendak hantar bola pada sasaran. jika ini tidak berlaku anda keseluruhan angota badan anda tidak bergerak kearah itu. 

Rajinlah pukul bola.study teori dan amalinya dalam internet dan youtube lama-kelamaan anda akan dapat sentuhan anda yang tersendiri :-)

anda pasti akan bangga bila beraksi bola yang anda pukul akan pergi bagai mendengar kata kemana ia harus tujui.