Terelebih dahulu selamat tahun baru 2016. Sebagai pembuka tirai tahun baru ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pelawat blog saya.
Amat terharu rasa melihat sokongan anda semua pada tahun 2015 yang lalu dari serata negara pun ada. Saya cuma ingin mencari keredaan ALLAH mana yang baik dan anda boleh lah gunakan ilmu saya ini untuk kehidupan anda. mana yang tidak baik itu adalah datang dari kelemahan saya sendiri. oleh itu saya mohon maaf dan saya sedar saya hanya insan biasa yang sememangnya lemah.
Baik, Sebagai catatan saya untuk pembukaan tahun 2016 ini saya ingin berkonsi cara mengatasi masalah disc brek berlun. keadaan ini biasa dialami bagai semua kenderaan tak kira motosikal mahun kereta, lori, van. dan sebagainya yang menggunakan disc berek.
Masalah disc berek beralun lazim berlaku apabila kendaraan tersebuat :
- Telah lama digunakan. setelah berlaku pertukaran pad berek beberapa kali dilakukan.
- Penggunaan berek kerap seperti anda tingal dikawasan tanah tinggi, berbukit, di bandar jalan jem dan perlu memberek kerap, diamana dalam keadaan ini pengunaan berek adalah kerap dan amat kuat tekanan dikenakan pada disc berek.
Masalah disc berek beralun ada juga kaitan dengan mutu pad berek yang anda gunakan adalah dari kualiti rendah. kadangkali kita kita sebagai penguna keliru dengan pruduk tiruan yang banyak dipasaran. rupa sahaja original tetapi ada yang palsu. sebaliknya jika anda mengunakan pad berek original keadaan kebarangkalian ini terjadi amat kurang berlaku, kerana pad brek yang asli, ia mampu terhakis dengan baik tanpa mengikis disc berek apabila ia menahan putaran disc berek.
Teori kehausan/terhakis disc berek ada kaitan dengan bahan yang digunakan didalam pembuatan pad berek. kandungan kuprum dan asbestos yang termampat dan jika dari jenis murahan dan tiruan saya pernah terjupa dari jenis dawai/zink dan asbestos ini tidak baik kerana sifat zink yang tidak mudah terhakis akan menghakis disc brek yang diperbuat dari basi campuran.
Sebagai penguna kenderaan, sepatutnya kita perlu memeriksa kenderaan kita sehebat kapal terbang mendarat dimana-mana lapangan terbang. tetapi mungkin kita tidak termampu berbuat demikian. tetapi jika tidak termampu anda cuba lah biasa-biasa kan memeriksa kenderaan anda dengan memandang keadaan fizikalnya. Anda perlu ada rasa prihatin terhadapnya. kerana jika anda atau anak anda demam, anda mampu bercakap pada doktor atau sesiapa. tetapi kenderaan anda demam/sakit/rosak ia tidak mampu bercakap pada anda tetapi ia akan mengeluarkan tanda-tanda tertentu diamana ana perlu tahu dan dapat meganalisa masalah ini dan anda perlu mengambil langkah membaikinya agar keadaan lebih buruk tidak berlaku.
bagai kenderaan barteknologi tinggi mamang ada isyarat akan dikeluarkan tetapi sehebat mana puan sensor dipasang kecekapan kita menganalisa masalah yang berlaku adalah sangat perlu unutk memastikan sistem beroperai dalam keadan baik.
Baiklah kita mulakan dengan kajian saya ini.
Tanda tanda awal disc berek akan berlun/tidak rata. perhatikan foto disc brek dibawah
Keadaan ini jika dibaiarkan berpanjangan akan menyebabkan disc brek anda akan berlaun/tidak rata .
Jika keadaan ini dibiarkan sampai sauatu masa anda ia akan mengeluarkan bunyi berdesing apabila anda memberik dan apabila anda menukar pad brek baru puan pad brek tersebuat akan tetap mudah haus/terhakis akibat permukaan disc brek yang sedia ada telah tidak rata.
Sebagai analisa cuba anda rasa perlahan-lahan dengan jari secara berhati-hati. nampak tak inilah punca masalah ini terjadi dalam gambar ini ia nampak jelas. tetapi ia telah saya zoom kan ke punca masalah. tetapi pada keadaan sebenar ia amat kecil dan susah dilihat ia hanya boleh di kesan dengan deria jari anda tanpa mengunakan glove.
Cara penyelesaian amat mudah. gunakan kikir halus dan kikir bahagian terbonjol/ tidak rata hingga licin.
Gunakan kertas pasir dan gosok permukaan yang dikikir hingga halus.
Ok. masalah telah dapat diselesaikan. langkah seterusnya tukar pad brek baru. kerana pada berek sedia ada telah rosak dan lekuk akibat beregesel dengan permukaan yang tidak rata sebelum ini.
TQ.. ;-)