Setelah 2 minggu menyambil repair enjin Yamaha Y80 ini, kini enjin telah siap dipasang tiap pagi saya akan uji start, didapati motor memang mudah satart paling kerap pun 2 kali enjin dah boleh hidup.
Fork motor terdahulu jenis gunakan bush ini memang kerap menyebabkan tayar condong ke sebelah kiri atau kanan. akibatnya tayar akan terkena pada fork. disebabkan motor saya sebelum ini di gunakan agak ganas juga... bayangkan betapa teruk tayar dah terkena dinding fork. setelah bush ditukar keadaan masih tak banyak berubah. oleh itu kita perlu ubahsuai dengan memotong bush sebelah kiri sedikit akhirnya tayar memang lurus duduk tengah-tengah.
Enjin Yamaha saya ini dah 2 kali potong bolok hampri 100cc tapi masih jimat minyak. jika motor ini dipasang dengan bolock 80cc saya percaya ia lebih jimat. tapi tu lah memang tak fikir nak umpgad motor ini cukup sekadar motor kampung.
Memang puas hati, kini minyak enjin tidak bocor lagi. sebelum pasang gasket sebaiknya anda perlu membersihkan permukaan bahagian yang hendak di cantum dengan contect cleaner supaya ia bebas dari kesan minyak, kemudan sapukan gam gasket, pada kedua-dua belah dengan cara ini, hasilnya permukaan benar-benar bersih dah masalah kebocoran akan lambat berlaku.
Disebabkan tujuan asal projek hanya bertujuan membawa cangkol, benih sawit 1 pokok sesekali jika perlu baja sikit-sikit, dan dana beberapa barang- barang kebun bukan untuk membawa barang berat saya memilih mengunakan roda kereta sorong lagipun jalan kerbun bertar.
Saya memilih menggunakan tayar kereta sorong jenis tiada tiub senang penyengaraan.
Serbe sedikit gambarajah trolley motosikal yang ingin dibuat, maaf lukisan agak cincai. kesuntukan masa nak lukis. tapi lebih kurang macam ini lah ;-)
kerja kimpalan dilakukan dah lama tak welding berpinar mata...muka pun terasa bagai terbakar :-(
Semasa kerja kimpalan sebaiknya alas lantai dengan playwod yang bertile, jika tidak lantai akan berlubang-lubang kecil. akan berlaku kerosakan kekal melainkan jika ditukar.
Ok bersambung lagi".......