Rabu, 8 April 2015

Motor kebun Fasa : 1

Kali ini saya becadang saya nak buat pengangkutan untuk ke kebun, dalam projek ini saya memilih Yamaha Cub Y80. motor ini dibeli murah sahaja RM200.00 harga basikal pun lebih mahal lagi :-) tapi best lagi motor sebab boleh jalan tanpa kayuh ;-) apapun basikal pun best jugak kerana ada kelebihan.

Ok. Disebabkan harga pun RM200.00 sudah tentu lah keadaan motor pun setimpal dengan harga, waktu saya beli motor ini ia dalam keadaan enjin tak boleh hidup. banyak yang rosak. untuk itu saya perlulah baiki untuk membolehkan ia hidup dalam projek ini saya hanya focus pada motor boleh hidup dengan mudah walaupun saya mingkin mengunakannya cuma 2 kali dalam sebulan. untuk itu saya lakukan kerja pembaikan untuk memastikan semua sistem penting dalam enjin diservis dan ditukar supaya semua sistem bejalan lancar. 
Pada pendapat saya motor 2Lejang adalah motor paling senang di sengara kerana semua sistem memang mudah di baiki dan engine simple sahaja. malah ia sememangnya jimat minyak jika kita pastikan semua sistem mampatan  baik. dan tiada yang bocor, sistem pelinciran baik, ini kerana 2 pergerakan piston ia telah menghasilkan 1 tenaga, berbanding dengan 4 Lejang pistonnya perlu bergerak 2 kali ganda dari enjin 2 Lejang.
 Beginilah keadaan kawasan kerja, disebabkan rumah saya tak besar tinggal pula di kawasan rumah taman ruang kerja saya terhad. saya terpaksa letakan barang merata-rata. Saya perlu menjaga hati jiran, kerja mengtuk dan mengeluarkan bunyi yang kuat saya tak akan buat pada waktu malam.

Jadual kerja juga menghalang saya menyiapkan kerja  dengan cepat, saya terpaksa menyambil jika ada masa, apapun memang seronok meyiapkan projek motor kebun ini. kerana boleh mengasah kemahiran dan belajar menyiapkan kerja dengan cabaran berhadapan dengan mesin yang dah berusia hampir 30 tahun ;-)


Apabila kita membuka enjin, bagi yang masih baru mencuba dari pengalaman saya anda perlu menyusun semua kompenan mengikut gorop yang setiap bahagian yang dibuka supaya tidak tersilap pasang, selain itu anda perlu dapatkan manual enjin motor agar mendapat gambaran tentang enjin, bagi bahagian-bahagian yang tidak menganggu kawasan kerja pasang kembali sekru di tempat yang sama agar kita tidak  tersalah ambil sekru
Memang hebat betul kualiti motor dahulu, dari pengamatan saya kualiti gear, parts didalamnya memang tahan lasak tak macam motor sekarang,

Setakat disini yang dapat saya tujuk sebenarnya ada banyak kerja yang telah saya buat tapi tak ada pembantu nak ambil gambar. saya juga gemar bekerja sendirian kerana lebih focus. manakala isteri saya memang tak pernah marah tentang hobi saya. kerjan dia faham walaupun saya buat kerja bersepah macam manapun selepas kerja saya akan pastikan tempat kerja akan kembali pulih seperti sediakala :-)

Antara kerja yang saya lakukan dalam projek motor kebun ini ialah :

- Tukar cable minyak enjin dan 2t
- Tukar cable choke tukar
- Tukar semua gasket enjin sebab minyak dah bocor, enjin terpaksa terbelah 2 nak tunjuk tapi tidak dapat sebab tangan berminyak.
- Servis caburater
- Servis Difrem
- Tukar bush depan
- Tukar berek depan dan belakang
- Upgrad sistem 2T. baiki pump dan mekanikal agar sistep lancar
- Tukar tangki minyak kerana tangki dalam dah rosak dan reput
- Tukar hose minyak enjin dan 2T
- Tukar semua sekru yang dah rosak

* Ujian enjin pagi maksima 2 kali tendang memang bederum boleh start"" ;-) 





Contoh lagenda YAMAHA Y80 yang memang cantik dan unik jika dibuat kembali, tapi saya tak dapat buat kerana ruang rumah terhad dan dah ada Honda Future.
Saya memilih motor inipun sasarannya hanya ingin jadikan ia sebuah motor kebun bukan jadikan bahan antik. jumpa lagi di penulisan Motor Kebin Fasa : 2


















Fa