Tungangan sesebuah motosikal bukan terletak hanya sekadar rupa. suatu masa dahulu saya pernah mengunakan motosikal Modenas Kriss, motosikal ini mempunyai kelebihan tersendiri, kerana enjin nya agak pelik kerana motosikal inilah satu-satunya enjin yang mangnet dan coilnya terendam bersama minyak enjin.
Namun darisegi kelancaran enjin apabila ditungan memang seronak kerana rasanya beralun dan amat lancar bagai menungang enjin 2 pinston. Tetapi lebih dari itu satu perkara penting yang masih saya ingat sistem berek motosikal ada suatu bahaigan yang saya rasakan ianya istimewa kerana pada bahagian atas pemijak ada getah penyerap hentakan/bush yang akan menyerap hentakan tuas pemijak berek agar tiada bunyi besi berlaga dan berlaku hakisan pada besi. ini juga akan memberikan keselisaan kerana tiada rasa besi berlaga, tiada bunyi tak enak didengar, tiada kehausan pada pemijak di tempat seringkali akan berlaga dan bertemu.
Keadaan akan seringkali kedengaran apabila kita menunggang di bandar dimana pengunaan brek kerap digunakan. Dibawah adalah contoh lokasi yang saya maksudkan
Pergi ke kedai repair kereta dapatkan hose coolong system yang telah rosak, jika saiz hose agak besar tak mengapa anda hanya perlu potong sahaja yang penting ketebalannya hendaklah bersesuaian.
Disebabkan saya suka menyimpan apa juga benda difikirkan akan membantu kerja suatu masa nanti, saya hanya ke stor dan mengambil semula hose radiator kereta Perodua Kelisa yang telah rosak,
kelebihan hose ini ialah ia merupakan sejenis getah tahan panas dan liat.
Belah hose kepada dua dan ikat ikat sahaja dengan cable tie. cuba dapatkan cable tie yang original. terdapat cable tie yang tiruan, rupa sama tetapi ia amat mudah pecah, yang original amat liat dan tidak mudah pecah.
lilit septerti gambarajah
Selepas ikat anda perlu ajust berek, kerana kini berek anda sedikti kebawah umpama telah ditekan. tetapi jika jarak berek anda telah jauh, mungkin pad dah sedikit haus anda tidak perlu ajus, yang penting selepas pasang cuba pusing tayar belakang jika tayar boleh berpusing lancar ini bermakna tiada gangguan pada sistem berek selepas pemasangan ini.
Selepas pemasangan ini saya dapati bunyi yang tak sedap didengar sudah tiada kedengaran lagi. pemanduan juga lebih selisa. terutama ketika menekan berek kerap apabial jalan sesak di bandar.
Selamat mencuba dan rasai perbezaannya :-)