Jumaat, 6 Februari 2015

Servis cable Choke Honda Future yang masih OK tapi ketat biala ditarik rasa macam nak putus... akibat meredah cuaca Malaysia :-)


Choke adalah alat yang amat penting bagi mana mana enjin ada enjin yang mengunakan auto choke tapi motor ne... macam biasalah dah terang terang ada. Namun begitu motor saya memang jarang sangat guna choke. pagi ke. ribut ke. dah tinggalkan 1 bulan ke...paling kerap start pun 3 kali sahaja tu pun guna penyetat Elektrik :-) atas sebab itulah mungkin pengunaan yang kurang maka tolak tarik cable tak berlaku akibat kotoran jalan dan air menyebab ia tersa ketat.

 contoh rajah choke ini bukan Honda Future
  contoh rajah choke ini bukan Honda Future
  contoh rajah choke ini bukan Honda Future
  contoh rajah Caburater yang dipasang dengan hujung kabel.  ini bukan Honda Future
  Choke penting untuk membolehkan minyak masuk melebihi udara. dengan ini enjin boleh dihidupkan. saya mula merasakan cable choke ini kerat apabila sesekali tertarik dan mendapati ia terasa keras
 Berikut adalah cara yang saya lakukan untuk meminyakan cable choke. saya cuba memikirkan kaedah terbaik bagaimana saya harus melakukan kerja meminyakan cable ini dengan cara yang paling cepat, senang tanpa membuka mana-mana bahagian dan hasilnya baik. sepanjang menunggang motor ini pulang kerja saya dapat idea dan bila tiba di rumah saya terus membuatnya. didapati ia sungguh baik dan menepati apa yang saya harapkan :-)
 Gunakan pemancit minyak pelincir jenis ini. beli sekitar RM 1.00 sahaja.

Paling baik gunakan minyak Gear kereta. kerana kelikatannya memang baik. dan boleh bertahan lama.


Hasilnya memang baik saya berasa amat puas hati kerana pergerakan choke amat lancar dan lembut. Selamat mencuba :-)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan