Seringkali apabila saya ingin mengisi minyak saya menghadapi masalah kesukaran menegakan tempat duduk motor ini. tempat duduk tidak boleh ditegakan habis keatas sebaliknya akan jatuh semula kebawah kerana saya memasang bakul di tengah.
Selalunya ketika mengisi minyak selepas stand 2 pada motor. saya akan menahan dengan lutu tempat duduk. tangan kiri control pegang motor jangan tumbang. dan mengoyangkan untuk membolehkan minyak diisi lebih. manakalan tangan kanan akan memegang nozle pump minyak.
Adakalanya ketika memakai seluar bewarna cerah. apabila berbuat begini seluar akan menjadi kotor kerana terkena seat.hose minyak dan sebagainya.
Lalu saya teringat sebuah motosikal lama ayah saya yg dulu ititu YAMAHA 80. memang ada stand. Disebabkan saya kesuntukan masa dan nak buat dengan kos yang paling rendah maka saya teringat tentang alat yang selalu saya gunakan untuk membuat wiring.
Ini adalah casing wiring, kasing ini banyak digunakan pada pendawaian elektrik di Malaysia. dengan modal RM 1.30 saya telah menyiapkan projek stand ini :-) setakat saya amat berpuas hati dengan modal yang dikeluarkan.
Bahan Casing 1 inch / ada banyak casing di pasaran, apilih casing yang lembut dan baru kerana tak mudah patah. casing juga ada kualiti. tapi jika patah pun tak pe sebatang boleh pakai 4 kali :-)
ukuran panjanbg keseluruhan
Marking dalam gambar ini kelihatan kasing bagai nak patah/putus sebenarnya ini adalah casing test yang saya lakukan ujian lipat dan buka berkali-kali serta membuat ujian potongan bagaimana yang sesuai agar casing lambat patah. Anda hanya perlu ikut ukuran sahaja. casing yang dipasang pada motor masih baik dan langsung tak nampak kesan ia bagai nak patah.
panjang bahagian yang akan dibelah
Gunakan gasket paip air dan tpping secrew pendik,
Jika dapat pelapik bawah kerusi lagi baik kerana ia bewarna putih dan nampak kemas sedikit. kebetulan terjumpa pula dalam tools box
jarak secrew jangan terlalu dekat dengan sudut patahan. biar casing juga melentur untuk elak cepat patah.
keadaan hujung casing yang menolak seat. jangkaan memang tahan kerana plastik bertemu plastik. kesan kehausan memang kurang.
Rajah pemasangan casing
Contoh stand yang dilipatkan kedalam selepas selesai digunakan.
Inilah hasilnya setakat ini saya amat berpuas hati dengan modal yang amat sedikit dan kerja yang ringkas dan cepat siap. tak perlu pegang seat lagi ketika isi minyak dan lebih selisa ketika berurusan dengan box bawah seat motor.
:-) TQ