Isnin, 14 April 2014

Bermain wau di Pulau Sayak Kedah

Minggu lalu saya ke Bukit Mertajam, Seberang Jaya Tengah Pulau Pinang. Saje ke tempat lama kerana suatu waktu dulu pernah tinggal disini dan berulang alik 8 kali dalam sebulan dengan kereta dengan jarak hampir 400km setiap perjalanan ke Selangor. 

Setelah 2 tahun tak kesini terasa rindu dan saja tempah bilih hotel di seri Malaysia Kulim dan bersiar-siar di sekitar mengenangkan kenangan silam dan tersentuh hati melihat tempat yang pernah kita tingal dan datang kembali berkunjung ke sini.

Plan dan aktiviti dengan keluarga nak ke Pulau Sayak Kedah. lokasi tempat ini dekat dengan Pantai Merdeka Kedah. kerana disini ada kedai mee udang istimewa. yang jarang orang kesana. saya dapat tahu pun dari kawan orang kedah yang tinggal di sini. 

waktu petang tu ketika dalam perjalanan terserempak dengan pemuda yang sedang bermain wau. memang tinggi wau ini waktu diterbangkan. dan bila hari dah senja wau perlu segera diturunkan. jadi saya sempat mengambil gambar pemuda ini. 

Walaupun wau ini diperbuat dari plastik sampah tetapi waktu di udara dan ketika tinggi keadaan wau ini sungguh cantik di pandang. ada ramai lagi pemuda dan orang kampung yang main pada waktu petang itu. 




 Disini lah kedai mee udang itu saya pun tak ingat nama tempat ini yang saya tahu ialah melalui marking point di GPS kereta.

Ok ...moga jumpa lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan