Khamis, 10 April 2014

Praktis golf bersama MR Ryo Ishikawa

Saya amat tertarik dengan gaya swing Mr Ryo yang teratur dan hayunan club yang lembut bagaikan club tersebut berhayun hanya diikat mengunakan tali. 
kebolehan bermain golf segini bukan mudah boleh dapat dalam sekelip mata. ia memerlukan focus yang tinggi terhadap bola. displin mengawal badan. kaki. mengawal gengaman club. emosi perlu focus, dan banyak lagi. sebab itu pemain golf amator kebanyakannya senyap dan diam ketika bermain dan fikiran mereka lebih tertumpu terhadap displin ketika bermain.

Dari pemerhatian sebanyak lebih 50 kali terhadap pemain ini :-)

a) Mr Ryoishikawa akan memastikan momentum daya berat hujung club akan pindah ke hujung club dab daya itulah yang digunakan untuk memukul bola

b) Free swing dengan menghayun club ke hadapan dulu dengan lembut bagaikan club berhayun sendiri.

c) Pergerakan bandan dan club berjalan secara serentak

d) Beliau juga mengunakan muzik player, mungkin membangkitkan semangat dan berhibur ketika bermain.




Sebenarnya masih banyak lagi rahsia dan skil tersimpan didalam diri pemain. terlalu sukar untuk kita mengatahuinya selagi kita tidak membuat latihan dan menghayun club itu sendiri. melihat orang bermain golf tidak  semudah yang disangka. golf adalah sukan yang penuh displin mengawal emosi diri. mengawal pergerakan badan. focus terhadap pemainan dan banyak lagi rahsia disebalik pemainan ini yang akan terjawab apabila kita menyertainya. 

Saya amat berminat dengan pemainan ini kerana boleh menguji kemampuan diri dan mengawal diri dan emosi yang jarang terdapat pada pemainan lain. 

TQ. i love golf....;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan