Ahad, 20 April 2014

Honda Future 125 Malaysia tukar starter sport

Ini adalah gambar starter Honda Future. bukan starter ini rosak. tetapi saya menukarnya kerana rasa kurang selisa ketika menungang motor. kaki seringkali ergesel pada starter. memang rasa tidak selisa. selain itu kini kebanyakan starter kaki telah dilipat pada bahagian bawah bukan atas oleh itu ia juga kelihatan tidak kemas.

 Disini saya tunjukan cara bagaimana proses kerja menukar starter dialakukan.
Saya memilih starter YAMAHA 125Z kerana alur gear yang dipasang hampri sama tetapi tiak 100% sama. oleh itu ia perlu dilakukan kerja modifikasi terlebih dahulu.

Berpandukan rajah:

1. Potong bahagian A dengan garander atau gergaji besi/perlu lurus dan kemas jarak 2mm. jangan bahagian B kerana pada bahagian itu terdapat benang mengikat sekru.

2. Bahagina A telah siap dipotong. Anda tidak boleh terus masuk ke gear starter enjin kerana saiznya agak besar sedikit. Juga tidak boleh terus ikat dengan sekru kerana besi ini agak keras lagi.

3. Lemahkan besi dengan mengetuk hinga rapat seperti rajah 2. dengan mengunakan tukul besar kepala bulat.

 4. Buka semula bahagian dengan punch dengan sekru driver besar. jarak 2.5mm masukan semula  ke enjin. dan ikat dengan sekru. sebaiknay dapatkan sekru elen kerana ia lebih tahan lasak.
 Inilah hasil starter yang terlah siap
 Dengan ini sterter boleh disimpan terus masuk ke sisi enjin
 keadaan dari atas ia kelihatan sangat kemas dan dapat disisipkan ke sisi enjin
 Keadaan siap dipasang
 Pandangan sisi
 Pandangan atas
Ok itu sahaja untuk kali ini. selamat mencuba dan rasai klebihan dan perbezaannya.  :-)

TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan