Ahad, 22 Februari 2015

Honda Future hilangkan bunyi besi berlaga Tik"..Tek''..Clic"..selepas menekan brek belakang.


Tungangan sesebuah motosikal bukan terletak hanya sekadar rupa. suatu masa dahulu saya pernah mengunakan motosikal Modenas Kriss, motosikal ini mempunyai kelebihan tersendiri, kerana enjin nya agak pelik kerana motosikal inilah satu-satunya enjin yang mangnet dan  coilnya terendam bersama minyak enjin.

Namun darisegi kelancaran enjin apabila ditungan memang seronak kerana rasanya beralun dan amat lancar bagai menungang enjin 2 pinston. Tetapi lebih dari itu satu perkara penting yang masih saya ingat sistem berek motosikal ada suatu bahaigan yang saya rasakan ianya  istimewa kerana pada bahagian atas pemijak ada getah penyerap hentakan/bush yang akan menyerap hentakan tuas pemijak berek agar tiada bunyi besi berlaga dan berlaku hakisan pada besi. ini juga akan memberikan keselisaan kerana tiada rasa besi berlaga, tiada bunyi tak enak didengar, tiada kehausan pada pemijak di tempat seringkali akan berlaga dan bertemu. 

Keadaan akan seringkali kedengaran apabila kita menunggang di bandar dimana pengunaan brek kerap digunakan. Dibawah adalah contoh lokasi yang saya maksudkan 



 Untuk repair masalah ini kerjanya amat mudah dan cuma mengambil masa tak sampai 5minit dengan syarat sediakan perkakasan dan keperluannya sahaja.
 Pergi ke kedai repair kereta dapatkan  hose coolong system yang telah rosak, jika saiz hose agak besar tak mengapa anda hanya perlu potong sahaja yang penting ketebalannya hendaklah bersesuaian.
 Disebabkan saya suka menyimpan apa juga benda difikirkan akan membantu kerja suatu masa nanti, saya hanya ke stor dan mengambil semula hose radiator kereta Perodua Kelisa yang telah rosak,
 kelebihan hose ini ialah ia merupakan sejenis getah tahan panas dan liat.

 Belah hose kepada dua dan ikat ikat sahaja dengan cable tie. cuba dapatkan cable tie yang original. terdapat cable tie yang tiruan, rupa sama tetapi ia amat mudah pecah, yang original amat liat dan tidak mudah pecah.
 lilit septerti gambarajah

 Selepas ikat anda perlu ajust berek, kerana kini berek anda sedikti kebawah umpama telah ditekan. tetapi jika jarak berek anda telah jauh, mungkin pad dah sedikit haus anda tidak perlu ajus, yang penting selepas pasang cuba pusing tayar belakang jika tayar boleh berpusing lancar ini bermakna tiada gangguan pada sistem berek selepas pemasangan ini.
Selepas pemasangan ini saya dapati bunyi yang tak sedap didengar sudah tiada kedengaran lagi. pemanduan juga lebih selisa. terutama ketika menekan berek kerap apabial jalan sesak di bandar.


Selamat mencuba dan rasai perbezaannya :-)

Selasa, 17 Februari 2015

Buat Stand Seat Honda Future dengan modal RM 1.30 :-)

Seringkali apabila saya ingin mengisi minyak saya menghadapi masalah kesukaran menegakan tempat duduk motor ini. tempat duduk tidak boleh ditegakan habis keatas sebaliknya akan jatuh semula kebawah kerana saya memasang bakul di tengah. 
Selalunya ketika mengisi minyak selepas stand 2 pada motor. saya akan menahan dengan lutu tempat duduk. tangan kiri control pegang motor jangan tumbang. dan mengoyangkan untuk membolehkan minyak diisi lebih. manakalan tangan kanan akan memegang nozle pump minyak. 
Adakalanya ketika memakai seluar bewarna cerah. apabila berbuat begini seluar akan menjadi kotor kerana terkena seat.hose minyak dan sebagainya.
Lalu saya teringat sebuah motosikal lama ayah saya yg dulu ititu YAMAHA 80. memang ada stand. Disebabkan saya kesuntukan masa dan nak buat dengan kos yang paling rendah maka saya teringat tentang alat yang selalu saya gunakan untuk membuat wiring. 

Ini adalah casing wiring, kasing ini banyak digunakan pada pendawaian elektrik di Malaysia. dengan modal RM 1.30 saya telah menyiapkan projek stand ini :-) setakat saya amat berpuas hati dengan modal yang dikeluarkan.


Bahan Casing 1 inch / ada banyak casing di pasaran, apilih casing yang lembut dan baru kerana tak mudah patah. casing juga ada kualiti. tapi jika patah pun tak pe sebatang boleh pakai 4 kali :-)


 ukuran panjanbg keseluruhan
Marking dalam gambar ini kelihatan kasing bagai nak patah/putus sebenarnya ini adalah casing test yang saya lakukan ujian lipat dan buka berkali-kali serta membuat ujian potongan bagaimana yang sesuai agar casing lambat patah. Anda hanya perlu ikut ukuran sahaja. casing yang dipasang pada motor masih baik dan langsung tak nampak kesan ia bagai nak patah.
 panjang bahagian yang akan dibelah




Sebaiknya gunakan gegaji dan potong perlahan-lahan. ingat sudut jangan terlalu tajam rujuk rajah dibawah.

 Gunakan gasket paip air dan tpping secrew pendik,

 Jika dapat pelapik bawah kerusi lagi baik kerana ia bewarna putih dan nampak kemas sedikit. kebetulan terjumpa pula dalam tools box
 jarak secrew jangan terlalu dekat dengan sudut patahan. biar casing juga melentur untuk elak cepat patah.
 keadaan hujung casing yang menolak  seat. jangkaan memang tahan kerana plastik bertemu plastik. kesan kehausan memang kurang.
 Rajah pemasangan casing




 Contoh stand yang dilipatkan kedalam selepas selesai  digunakan.
Inilah hasilnya setakat ini saya amat berpuas hati dengan modal yang amat sedikit dan kerja yang ringkas dan cepat siap. tak perlu pegang seat lagi ketika isi minyak dan lebih selisa ketika berurusan dengan box bawah seat motor.


:-) TQ

Jumaat, 6 Februari 2015

Servis cable Choke Honda Future yang masih OK tapi ketat biala ditarik rasa macam nak putus... akibat meredah cuaca Malaysia :-)


Choke adalah alat yang amat penting bagi mana mana enjin ada enjin yang mengunakan auto choke tapi motor ne... macam biasalah dah terang terang ada. Namun begitu motor saya memang jarang sangat guna choke. pagi ke. ribut ke. dah tinggalkan 1 bulan ke...paling kerap start pun 3 kali sahaja tu pun guna penyetat Elektrik :-) atas sebab itulah mungkin pengunaan yang kurang maka tolak tarik cable tak berlaku akibat kotoran jalan dan air menyebab ia tersa ketat.

 contoh rajah choke ini bukan Honda Future
  contoh rajah choke ini bukan Honda Future
  contoh rajah choke ini bukan Honda Future
  contoh rajah Caburater yang dipasang dengan hujung kabel.  ini bukan Honda Future
  Choke penting untuk membolehkan minyak masuk melebihi udara. dengan ini enjin boleh dihidupkan. saya mula merasakan cable choke ini kerat apabila sesekali tertarik dan mendapati ia terasa keras
 Berikut adalah cara yang saya lakukan untuk meminyakan cable choke. saya cuba memikirkan kaedah terbaik bagaimana saya harus melakukan kerja meminyakan cable ini dengan cara yang paling cepat, senang tanpa membuka mana-mana bahagian dan hasilnya baik. sepanjang menunggang motor ini pulang kerja saya dapat idea dan bila tiba di rumah saya terus membuatnya. didapati ia sungguh baik dan menepati apa yang saya harapkan :-)
 Gunakan pemancit minyak pelincir jenis ini. beli sekitar RM 1.00 sahaja.

Paling baik gunakan minyak Gear kereta. kerana kelikatannya memang baik. dan boleh bertahan lama.


Hasilnya memang baik saya berasa amat puas hati kerana pergerakan choke amat lancar dan lembut. Selamat mencuba :-)